Saturday, October 22, 2011

Kesal Hatiku

Sekian lama aku
Menanggung lara di hati
Memendam duka di jiwa
Tak termampu lagi untuk ku rahsiakan

Kini ku lepaskan semua
Rasa yg tersimpan di dalam hati
Sebenarnya ku berkecil hati
Mengapa aku yang dibenci

Biarkan aku mengundurkan diri
Biar sendiri bertemankan sepi
Ingin ku lari memencilkan diri
Dari dunia yang meminggirkan ku

Maafkan aku pinta pada semua
Tak perlu lagi aku di sini
Semua yang ku lakukan tiada erti
Bagai tiada jasa pada semua

Andai madu yg ku beri dibalas racun
Apa guna aku pada semua
Biarlah aku begini
Rela aku menunggu waktu
Hujung nyawaku diseru..

0 ulasan:

Post a Comment